Wednesday, November 4, 2009

3 Inci

Suatu kisah diDoraisamy. Tengah sedap2 minum ngan member aku satu mamat mari mempromosikan barang dia.

Mamat: Salam, maaf bang mengganggu, saya ada berita baik untuk abang. Abang dah kawin?

Aku tgk ja mamat tu tanpa perasaan. Member aku duk layan dia.

Mamat: Nih bang, barang baru dalam pasaran. Baik punya. Nak cerita sikit bang, hari ni ramai perempuan mengadu yg depa xpuas, yg depa xdpt nikmat, yg depa sangap bila dgn suami. Sbbnya salah lelaki bang. Bila barang xkuat, skali pegang ja dah berair. Tu belum kene hentak lagi. Ni smua salah kita bang, masa muda byk sgt goncang. Bila dah berumahtangga saluran darah tersumbat. Jadi nak tahan lama pon xboleh jadi hari ni saya ada bawak penyelesaiannya terbaik. Wowwww. (dia menjerit mcm Husin Lempoyang penjual unta)

Aku: Berapa baekkk barang ni? Boleh hentak batu ke?

Mamat: Haaaa. Abang jgn xpercaya, saya makan, dia naik dekat 3 inci lebih (sambil menghentakkan lengan ke meja). Lepas makan ja terus pacak. Lepas bersama pon naik xturun2. Guarantee tersenyum punya la bang org rumah.

Aku: Klu xturun camna aku nak pi keje the next day? (saja test akal dia)

Mamat: Errr. abang jangan makan banyak2. Cukup 1/4 dari sebiji tu.. klu nak bersama makan lagi satu bahagian.

Member Aku: Ni viagra ke? Ko jgn memain, product mcm2 ni kang xnaik2 masalah.

Mamat: Ni mcm viagra bang tapi lagi power. Dia buat pakai akar kayu. Murah sikit. Klu abang berminat saya kasi harga special. Saya jamin bang. Abang xnak tgk org rumah tersenyum ke?

Aku: Ko dah kawin?

Mamat: Belum bang.

Member Aku: Then camna ko tau boleh naik lebih 3 inci, boleh pacak, boleh tersenyum?

Mamat: Errr... err..

Member Aku: Xpala, ubat ko ni tuk org yg xkuat ja. Mcm aku mmg dah semula jadi kuat, dah lebih 3 inci, itu pon xmakan ubat, klu makan ubat ko ni kang jadi ular pulak dah susah. Then org umah aku hari2 tersenyum, hari2 ko tau bukan bila nak baru makan ubat. Stakat 2 jam makan kuaci ja. (sambil tergelak)

Aku gelak mcm nak rak...

Mamat: Ala bang test la sebiji dulu.

Aku: Dah2, ko pi kawin dulu baru citer ngan kami pasal ubat ko ni. Better ko pi cari org yg xkuat.


Tu dia antara sketsa penjual ubat "kuat" yg pernah aku jumpa. Buka ni ja, korg pi tgk kat web2, dalam paper. Smua duk jual mende tah apa2 ni. Soalan yg paling best, xkan ada iklan2 tu klu xda demand yg tinggi dari org ramai. Jd pelik aku tgk org2 kat malaya ni. Sikit2 nak kasi kuat, nak kasi panjang, nak kasi besar. (Siap buat iklan ko dalam tv). Lepas tu cari produk2 yg tah mana datang. Actually bahaya wo, takut ada racun or dadah yg xterkawal. Silap2 boleh "tido" selama2nya. Pada aku ubat ka, alat ka smua tu salah satu penyebab. Kene pikir bab kaedah dan ilmu jugak, itu lagi penting dari cari jalan mudah.

Jadi pada lelaki2 yg rasa xkuat, korg pi cari ilmu kelamin bukan main redah ja makan or pakai sebarang. Pada golongan isteri, bawa berbincang klu rasa suami ada masalah or rasa "xboleh nak senyum". Itu lebih baik dari biarkan diri terus makan hati. Pd tukang jual produk, klu xkawin lagi jgn le memandai nak pi jual produk2 yg korg sendiri xpernah cuba dan pada yg bujang, tuntutlah ilmu dari guru yg bertauliah.

Ole.

Sunday, October 25, 2009

Hobi

Skang ni aku ada byk hobi baru... dalam kesibukan melampau dalam dunia kapitalis ni aku still ada masa untuk menghobby...La ni aku suka memasak. Kadang2 buat kek.. kadang2 masak biskut.. kadang2 masak2.. klu rasa penat ja.. aku pi dapur.. masak... tah mana datang hikmat memasak ni xtau la. Mungkin sbb myloveone suka memasak kot. Jadi berjangkit ngan aku ke dapur skali.



Agar2 Rasta


Puding Limau

Then la ni aku ada byk pokok bunga. Keliling rumah ada pokok bunga. Jadi balik kedai malam2 tu la keje aku membelek pokok bunga. Hujung minggu bila ada masa tu, membelek bunga.


Lagi.. hobi aku adalah mengikan.. ni pengaruh in law aku la.. kat rumah dia ada bertank2 ikan ... masalah wo hobi mengikan ni..




Wednesday, October 21, 2009

Mat Kilau Suatu Sejarah


Aku baru menghabiskan naskah novel Mat Kilau yg ditulis oleh Tuan Abdul Latiff Talib dan aku masih cuba untuk menghabiskan naskah Dol Said yang ditulis oleh org yg sama. Pertama skali aku memuji langkah yg diambil oleh penulis yang menulis semula kisah sejarah ini dalam bentuk yang lebih mudah dibaca.

Aku menjadi begitu bersemangat dan teruja dengan bahan2 yang telah diketengahkan oleh penulis yang pada aku baik untuk dijadikan bahan bacaan seisi rumah dalam memperkasakan semangat bangsa yang semakin terhakis hari ni. Byk kisah bagaimana perjuangan golongan pertama yang menentang penjajah untuk menegakkan hak bangsa dan agama ketika itu diketengahkan. Dinyatakan juga bagaimana tektik dan teknik perang yang digunakan selain kaedah massa dan propaganda yang dijalankan oleh org melayu ketika itu. Jangan kata org melayu itu tidak punya sejarah dalam semua itu. Hakikatnya kita acap didodoikan dgn kisah perjuangan golongan kanan yg konon lebih diplomasi dan tidak menumpahkan darah tetapi sebenarnya revolusi perjuangan golongan kiri lebih kuat dalam pembinaan sesuatu bangsa.

Selain Tuan Abdul Latif Talib, aku juga memuji langkah yang diambil oleh UKM dalam menerbitkan kembali kajian dan tesis pelajar mereka dalam mengatakan tentang sejarah perjuangan golongan kiri. Setakat hari ni aku telah mengkatamkan naskah2 ini termasuk terkini kisah Abu Samah Keturunan Dato Bahaman yang berjuang secara kiri dalam menuntut kemerdekaan. Pada yang tidak kenal, Dato Bahaman adalah guru kepada Mat Kilau dan mereka ini adalah pejuang tulen dalam menentang penjajah.

Aku juga memuji langkah yang diambil oleh media alternatif seperti Malaysiakini yang menerbitkan bahan bacaan pilihan yang lebih terbuka. Terkini aku telah mengkatamkan beberapa naskah kisah perjuangan mereka didalam ISA dari zaman revolusi pelajar 1970 sehingga hari ini. Naskah2 ini cukup mendewasakan aku dalam melihat apa itu konsep demokrasi yg selalu diwar2kan setiap hari.

Aku amat berharap smoga lebih byk naskah2 yg radikal isinya ditulis dan diterbitkan. Aku amat berharap, kisah seperti Long Jaafar, Tok Janggut, Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Perang Selangor, Perang Siam dan byk lagi dibukukan. Selain boleh membina lebih semangat bangsa kepada generasi muda naskah2 ini juga boleh dijadikan rujukan kepada smua bangsa dan generasi.
Siapa kata melayu tidak hebat... bila kita menutup sejarah dan mengambil model penjajah.. maka akan hilang keaslian sejarah...maka apabila sejarah ditulis oleh mereka yg menang kita akan lihat yang kalah tidak punya apa2. Smoga semangat sang kalah tidak dipadamkan terus.
Ole..

Friday, October 2, 2009

Adakah Kita Belajar



Amat menyayat hati pagi ni bila melihat kesan bencana yg berlaku diPadang, Indonesia. Satu gegaran gempa telah berlaku diSumatera semalam dan gegaran dapat dirasai sehingga ke Semenanjung Tanah Melayu. Actually anak2 staf aku baru ja balik ke Padang pagi semalam dan Alhamdullilah mereka selamat. Hanya rumah mereka berlaku kerosakan kecil dan tiada kehilangan nyawa berlaku terhadap mereka. Syukur.


Kelmarin kita juga digegarkan dengan kes tsunami yg berlaku diKepulauan Tonga. Meragut beratus nyawa dan membawa kepada kerosakan harta bende yg agak dasyat. Pada yg xtau Tonga berada didalam jajaran dan berhampiran kepulauan melayu. Selain Fiji dan New Zealand yg juga mempunyai pegangan baka melayo.


Kelmarin juga kecoh plak kes ribut dan banjir di Vietnam dan Philipina. Habis dilanggar negara2 ini dengan Taufan Ketsana. Habis bandar besar mereka ditenggelami air. Beratus menjadi korban dan kerosakan amatlah dasyat.


Perkara menarik yg aku nak kongsikan adalah kesemua kejadian ini berlaku didalam lingkungan kita. Kita ditengah2 dan hanya mendapat tempias dari apa yg berlaku. Dipahang dan trengganu direkodkan kejadian ribut mini yg telah merobohkan dan menghancurkan beberapa buah rumah. Ada juga dilaporkan kejadian ribu air batu dan juga hujan lebat melampau disekitar pantai timur. Di pantai barat, hujan berlaku kadang2 dan dalam kuantiti yg sedikit tetapi panjang. Jadi itu smua adalah tempias dari siklon yg berlaku.


Yg best kita baru dpt tempias ja, kita dah rasakan kepayahannya. Bagaimana pulak dgn mereka yg betul mengalaminya seperti mereka2 di kepulauan melayu yg lain. 7 skala richer disumatera dah bergegar dan bergoyang bangunan2 tinggi kat lembah kelang. Klu kekuatan yg sama terjadi dijanda baik pahang (telah dilapor berlaku gempa kecil disini tahun lepas) apakah yg akan berlaku agaknya.


Kita patut belajar dari apa yg berlaku. Setiap yg berlaku adalah amaran dan petunjuk dari ALLAH supaya kita berfikir. Adakah kita bersedia menerima musibah? Adakah kita sudah cukup bekalan keakhirat? Adakah kita telah jalankan tanggujwb kita dgn baik? Marilah kita sama2 mempertingkatkan amalan kita dan bersiap siagalah diatas apa segala ujian yg akan muncul kelak. Insyallah.

Monday, September 14, 2009

Aidilfitri 2009


SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN

Thursday, September 10, 2009

Tingkat Tanah


Aritu aku ada terlajak ke putrajoyo. Saja pi amek angin petang. Then singgah jap satu bangunan kerajaan yg menguruskan pekan putrajoyo. Aku ngan kawan2 masuk lif terus ke tingkat bawah. Actually lif ni boleh berkata2. Masa turun tu lif tu akan berkata2, TINGKAT BAWAH. Fine le. Lepas abis pusing2 kat area bawah kami pon naik balik lif untuk ke lobi. Member aku tekan G dkt butang lif tu. Masa pintu dia nak bukak lif tu berkata2. TINGKAT TANAH. Masa tu ramai giler dalam lif tu. Aku xamek port sgt la. Tapi member2 aku dah pecah perut gelak dalam lif tu sampai kuar2 air mata. TINGKAT TANAH? Mcm pelik ja.


Ada ka TINGKAT TANAH / GROUND FLOOR? Klu ROOFTOP nak kata TINGKAT BUMBUNG ka? Actually depa boleh sebut LOBI ja atau TINGKAT ATAS tuk atas skali. Kadang2 penggunaan nahu dalam bahasa melayu ni dah jadi pelik sbb terlalu byk diceduk secara terus dari sebutan bahasa inggeris. Aku rasa nahu dan tatabahasa melayu itu amat indah dan boleh digunapakai dalam byk perkara tapi silapnya pada kita yg duk xsudah ceduk bulat2 dari bahasa inggeris. Entah la, adakah ini tatabahasa yg betul atau tidak aku xpasti. Tapi serius bunyi pelik.

Ole.

Monday, September 7, 2009

Ikang Di Shah Alam




Baru2 ni aku terlajak ke Shah Alam sebab ada keje sikit kat Uitm. Lebih 8 tahun aku xpi sana. Tup2 tgk Uitm dan Shah Alam dah gedebance dah. Byk betul fakulti baru dibina dan ditegakkan. Kira populasi kat sana makin menarik la untuk perniagaan (puan shita ada jalan ka camna nak masuk meniaga ke dalam Uitm?).


Anyway bukan tu yg aku nak story. Tapi kisah aku terjumpa ikan besar kat tasik Shah Alam. Masa aku jalan2 kat tasik tu sekor ikan melompat naik kedarat. Tu la dia gambo yg aku dpt snap masa tu.

Thursday, September 3, 2009

Kisah Terang Bulan Vs MamulaMoon




Semalam kecoh kat indun bila lebih kurang 200 pelajar dari republik berkenaan berhimpun di Kedutaan Malaisi dan membaling telur busuk kearah kedutaan. Then mcm biasa kecoh la media2 di indun berkenaan perkara ini. Isunya hanya satu perkara, mereka marah bila manusia2 diMalaisi declare beberapa perkara yg katanya origin dari indun. Antaranya kes lagu kebangsaan malaisi yg dikatakan diciplak dari lagu terang bulan yg dicipta oleh seorang indun. Selain kes tarian dari bali yg ditunjukkan di dalam billboard tourism malaisi, kes batik, kes tarian barongan dan mcm2 lagi la. Jadi kesudahannya, manusia2 di indun ini membaling telur busuk dan mengecam malaisi kerana kununnya smuanya diciplak dari indun.

Actually perkara ni adalah satu isu remeh yg cuba dibesarkan oleh golongan2 tertentu di indun. Dalam kes lagu negaraku = terang bulan sebenarnya juga diciplak dari lagu mamulamoon yg berasal dari hawai. Dari pendedahan arkib negara, melodi lagu ini telah digunakan sebagai lagu rasmi negeri perak sekian lamanya seblum wujud negara indun dan mamulamoon lagi. Jadi pada aku xda kes ciplak menciplak disini sbb melodi siulan lagu ini telah dimainkan sekian lama. Klu negara ku diciplak maka terang bulan juga diciplak begitu juga mamulamoon. Jadi penyelesain perkara ini untuk dimudah pahamkan oleh mereka yg tidak paham perlu dilakukan oleh mereka yg berwajib. Arkib negara perlu mempertahankan apa yg telah diwartakan. Media perlu memainkan propaganda supaya rakyat sedar dan tahu tentang hakikat sebenar kes ni. Jgn sibuk nak propaganda perkauman ja tapi hal kebangsaan tidak dilihat. Ni aku nak tanya, mana dia pemuda2 berani atau lelaki kuat yg menyeret kepala lembu itu hari. Pi seret kepala lembu ke kedutaan indun klu berani. Jgn duk nak jadi jaguh dalam kampung ja.

Kita berbalik pada hal jiran kita. Actually jiran kita ni xsedar tentang konsep nusantara. Dan kita sendiri pon xsedar tentang konsep tu. Duk kecoh nak cari batik dtg dari mana? Apa ke sengal. Dah tau asia tenggara ni datang dari satu rumpun. Kmu melayu, kami disini juga melayu, mereka di selatan juga melayu, begitu juga diutara dan juga seberang laut diatas sabah pon melayu. Jadi nusantara ini adalah rumpun melayu. Tapi korg duk nak bergaduh pada mende yg tah apa2. Nak cari sapa cipta batik sapa cipta nasik lemak sapa cipta baju melayu. Lepas tu patternkan la. Kecoh. Dah korg serumpun dah tentu origin perkara yg dibalahkan datang dari satu kisah jugak. Xkan datang dari 2 kisah. Aku rasa ni mmg penyakit melayu la. Serumpun xkan xboleh nak bersatu. Tgk bangsa cina. Kemana2 depa akan bersatu xkira digerman, dicanada, dieurope hatta di asia tenggara. Siap ada pertandingan khas ratu cantik cina sedunia. Melayu apa ada. Xboleh nak tgk melayu lain lebih. Bila melayu malaisi lebih sikit, melayu indo jadi xtentu arah. Same goes here, bila sesama melayu berani la nak kecoh2 tapi bila bangsa lain buat kecoh senyap menikus. Itu la dia melayu. Bikin malu saja.

Jadi harap kita terpaham dgn situasi ini. Xpayah nak kecoh2 pasal mana origin setiap perkara. Klu declare or wartakan sebagai hak melayu pada aku xda isu pon. Mana2 melayu dalam dunia boleh berbangga yg ianya datang dari dunia melayu/melayo. Jadi ia boleh datang dari indun, malaisi, sg, thai, filipin, myanmar hatta mexico. Pada aku yg 200 org duk wat kecoh tu patut wat satu pertubuhan melayu sedunia. Tarik ngo2 melayu lain dari negara2 lain dan wartakan apa yg patut diwartakan. Xpyh nak jatuhkan maruah melayu lain dgn kerenah mcm tu. Jadi.. tarik napas.. lepasssssssss

Ole.